8 tahun Tanpa Mereka . .


selamat malam semua, korang dah makan?? asyik tanya pasai  makan aje ek aku nie..hahaha . . lagi beberapa hari saja kan nak masuk bulan ramadhan ,Aku tak boleh dgr lagu dekat atas nie, mmg sentap jek sebb mest aku teringat arwah mak & abah, dah masuk 8 tahun aku menyambut ramadhan tanpa arwah Mak & abah ;(  . . beruntung sangat bagi yang masih ada ibu dan ayah mereka. Aku rasa selepas mak & abah tak ada, aku rasa tak seronok langsung bila mnyambut ramadhan dan Raya .  Sangat berbeza sekali selepas mereka pergi. Walaupun kadang2 aku sedih tapi aku tak akan nak tunjukkan aku sedih sebab aku masih ade dua orang adik lagi, aku xnak mereka sedih juga.

Sampai sekarang aku rasa tetap kehilangan orang yang paling aku sayang kat dunia, tapi dah takdir mereka akan pergi, aku redha. Mereka pergi masa aku masih budak2 , Alhamdulilah sekarang aku dah berumur 21 tahun, aku bersyukur masih hidup dgn dikelilingi orang yang baik. '' mak & abah , orang sekarang dah kerja, sam dah masuk Universiti, hakim sekarang dah besar, tahun nie dia PMR , orang rindu sgt2 ngn mak & abah'' . .

Tahun nie aku sediakan baju adik-adik aku dgn mengikut citarasa yang mereka nak, malu kott nak harapkan pa.su dan ma.su jek, walaupun mereka akn belikan baju raya untuk adik2 aku, aku tetap juga nak belikan untuk adik2 aku, aku kn kakak hee, aku pun nga pilih masa yang sesuai nak keluar ngn diaorang sebab masing2 study lagi, aku nak diaorang heppy bila dapat dapat ape yang diaorang nak. aku pun dah rancang ngn adik aku yang no. dua nak beli baju same warna, muke kami kan mcm kembar..hihi

Aku harap tahun nie aku menyambut ramadhan dgn penuh diberkati oleh Allah, aku dah azam nie harap bulan puasa boleh khatam *insyaAllah* . . lagipun aku kat opis takde kerja sangat kan, so boleh lah gunakan masa yang ade utk baca Quran. Lagi satu dah tak sabar nak solat  tawarikh terawikh nie, biasanya yang kat tempat aku nie bila bulan puasa yang jadi imam nie budak2 sekolah tahfiz, merdu je suara dia bila baca surah2 . muka pun boleh tahan juga, ecehh nie dah salah niat nie hee

Okay lah, aku harap ramadhan kali nie lebih bermakna dari sebelum2 nie, aku tak nak lah layan sangat perasaan sedih aku nie, yang pergi tetap pergi, yang masih hidup nie hidup mest diteruskan, walaupun dah 8 tahun mereka pergi, mereka tetap dihati aku, tak pernah pudar sayang aku kat mereka. Jika tida mereka tiadalah aku didunia ini. Aku pun sayang ma.su & pa.su merekalah ibu bapa aku selepas mak & abah meninggal,. Terima kasih pa.su & ma.su sebab jaga kami adik beradik dari budak sampai kami besar, tak terbalas kami jasa pa.su& ma.su. Aku sayang semua yang ade dikeliling aku nie,. yang sedang bace entry aku nie pun aku sayang juga. mmmuuuahhhhh * suka la tue * hee

Terima Kasih Sudi Baca :)

6 comments:

babycomel said...

semoga terus tabah ye, saya yg membaca rasa sayu sgt tau.. slmt berpuasa & teruskan berdoa semoga mereka slmt disana..

Natasha said...

sdgkn sy kehilgn ibu pn sedihnye boleh rase smpai ke harini, lgkan awk.. al-fatihah utk mereka yg pegi. kembar sy, dye tgh blaja pn die tetap belikn baju raye utk kitorg adik beradik sbb die yg sulung.. same to u. =)

cikeyrah said...

baby comel : ;)

Natasha :: yeke, Al-fatihah juga kat arwah mak awak.

Cik Rongoks said...

ika pon dh takde papa tp baru masuk 2 tahun :(

cikeyrah said...

yeke . . ALFATIHAH kepada arwah papa ika yer . . sedihkan kalau org yang kita sayang dah tak ade :(

Nurul Husna Mohd Hassan said...

kuatkan semangat demi adik2, yang pergi tetap pergi, sedekahkan al-fatihah buat dan doa banyak2 untuk arwah. kuat keyrah kuat! :)

 
All Right Reserved To Cik Keyrah . Full Edit By Cik Rose Cute.