Jom reramai kite Band & repot Page ini


aku terkejut sangat bila tengok cik yuyu post pasal ade page yang tak senonoh giler, iaitu


korang pernah tgk page nie tak , harap jangan tengok lah sbb tak senonoh tahap gaban, bulan2 puasa boleh pulak dia create page. aku mmg cakp la, admin page nie akan dapat balasan di akhirat nanti, tak pun bini dia tau anak perempuan akan terkena mcm nie.

yang aku tau gmbr cik yuyu& lysa faizureen pun ada tau, so marilah kite privatekan gmbr kite kt fb, aku seram oke org mcm nie. page nie da tahap sampai letak gmbar bogel tau. mcm ape jek kan

so jum kite report & band page nie

link page nie





Terima Kasih Sudi Baca :)

Lauk Simple

Alhamdulilah dah kenyang sudah hee, hari ini kat umah aku lauk simple jek nugget , ikan siakap 3rasa, tomyam & kailan belancan. hee





ikan siakap tue kuahnya kat kuali lagi hihi

simple jek lauk berbuka kiteorang hari ini, .dan begitu pendek kan entry aku. hehehe

Trimass kepada yang bg aku idea tue, ramai suggestkan aku buat kek, alamak!! elak Mak. Mr.s ketawa tengok aku buat kek sbb jujur aku cakap aku tak pandai bab baking2 nie, kalau lauk2 pndai jugak hee


Terima Kasih Sudi Baca :)

SEGMEN " Saya nak Angpau Ramadhan ! " by Qaleshya Umairah



tekan banner untuk join :)

tag :




Terima Kasih Sudi Baca :)

Tolong Bagi Idea

boleh tolong tak bagi aku idea, aku kebuntuan ini, dah macam indon pulak aku hee boleh bagi aku idea tak nak bagi apa kat mak mentua MR.S , biasa sebelum2 nie aku ada bagi mcm telekung, baju utk buat baju kurung kalau nak dekat2 raya tapi tahun nie siyes aku tak bagi pape lagi kat mak MR.s, adakah sebab anak dia x jumpe aku, aku terus tak nak bagi ape2..hehe kejam giler kannn. tahun lepas last jumpe dia ada bg aku something, Mcm xbesh pulak, biasa aku bg ma.cik rahimah brg tapi taun nie aku mcm mcm menyepi kat dia pulak, call pun x, mesti dia egt aku dah tak ingat kat dia kan.. mak.cik saya sentiasa egt ma.cik dari anak ma.cik yg bongsu tue hihi 

SO KORANG BAGI LAH IDEA KAT AKU NAK BAGI APE KAT PN.RAHIMAH a.k.a MAK mr.S , 

Terima Kasih Sudi Baca :)

Apa pun Tak Ada


Lagi bape  hari lagi kita nak sambut raya kan, aku apa pun belum beli, busy lah, tak sempat nak shopping, aku kalau shopping x boleh 1 jam, paling tidak pun ia memakan hari oke hahaha sebb aku adalah seorang yang cerewet, hehe sebab tue adik aku tak suke ikut aku shopping sbb dia penat tunggu aku memilih barang ngehngeh macam tahun lepas aku nak beli kasut rayaa , rasanya 3 hari baru jumpe betul2 aku berkenan, aku tak kisah lmbat asalkan aku puas hati, aku kan rambang mata hahaha aku tawaf semua kedai lepas tue baru buat pemilihan, aku x nak pergi satu kedai dah beli , kang nanti bila pergi kedai lag 1 ada yang lagi cantek kan dah sentap hihihi

Aku tahun nie baju kurung pun beli kat luar malas nak tempah2, kalau nak tempah pun tailor dah x nak pun, jadi beli jek yang dah siap senang, tahun nie berazam tak nak boros2 , adakah azam aku tercapai hihi aku pun nga fikir nak belikan adik aku baju warna apa, sbb dia tak balik johor , dia terus balik kuantan, ermm tahun nie aku sambut raya kat kuantan, so sesiapa orang kuantan meh habaq kat aku nanti kita boleh jumpe2 kan :) 

Aku ingat nak beli baju raya warna kelabu, korang rasa oke tak warna akelabu, aku dah aim baju kurung moden nie warna kelabu siap berlabuci bagai , tapi aku nak yang simple jek sebab aku x suke sarat bagai. tapi tahun nie rasa sedih sikit sebab MR.s cakap dia tak dapat beraya rumah aku sebab baject dia nak dtg sini makan rm500 woo lagipun dia ada aktiviti dgn family dia jugak sobs sobs sobs T_T , walaupun mulut ckap oke xpe, tapi hati aku sentap giler macam nak terus terjun kolam renang jek bg meredakan kepanasan hati nie hee  orang ada keliling aku mest tanya aku tak rindu ke kat BF, mau x rindu aku nie, tapi aku buat2 rilex jek, . aku malas nak layan perasaan aku nie, lagipun dia hanya BF aku bukan laki aku so tak krtikal lagi kot hahaha

esok aku ada majlis dinner dengan member sekolah aku dulu, kiteorang buat kat pizza jek, lagipun aku dah tetapkan jangan lambat2 sangat sebab nanti aku dapat ceramah free dari Mr.s & family aku. aku nak pergi nie pun, bersoal jawab dgn family aku, sbb family aku cakap nanti kalau aku attend majlis tue mesti x pi solat terawikh jadi serba salah aku dibuatnye, . lagipun member aku cakap lepas isya habis, so insyaAllah sempat nak solat terawikh. 



Terima Kasih Sudi Baca :)

Kan dah Buta . .


sejak masuk bulan puasa nie, aku telah menghidapi penyakit M yang amat berat sekali, aku nak update kat fb pun rasa malas, ape nth lagi nak berpuisi di blog pulak lagi lah malas hee mungkin aku penat kot sebab balik kije terus tolong ma.su sediakan juadah berbuka, lepas mgrib terus pergi masjid untuk solat isya' dan terawikh.Balik terawikh baca quran & bertexting dengn MR.s. tapi aku selalu kalau tgh mcg terus tertido hee pastue esoknya ada suara halus ckp macm nie '' Nak tido tak bgtau pun''..suara siapakah itu hahahaha aku memang selalu kalau nga mesej sambil baring mest terus tido, tak sempat nak bgtau. tapi Mr.s tak pernah pun buat mcm tue, nmpk sgt aku yg kejam hahaha sorry yayang awak, kite tertido la..

tadi aku nyaris nak menjerit kat masjid, sbb tanjat ade budak main mercun bola kat tepi aku..tengok tak paham2 budak nie main mercun adalah sangat bahaya adakah korang nie tak ambil iktibar dengan kess semalam, aku pg tadi baca surat khabar terkejut umur mamat yang main mercun bola tue 27 tahun, adoyai abangg kenapalah ngok sengal sangat, kan dah buta, tau x main mercun tue bahaya, kesian anak jiran pun terkena sekali mercun. kalau akulah akt situ macam nak jotos2 jek yang main mercun nie, nasib baik budak2 
kat umah aku nie x main mercun, kalau aku tau depa main mmg aku piat2 telinga depa nie.



kesian pun ada jugak tapi nak buat mcm mane depa yang cari masalah, buat abgg kat ats nie lepas nie xpayahlah nak main mercun lagi yer, kang mata sebelah pulak kena.huhu 



Terima Kasih Sudi Baca :)

Pemenangnye ialah . .


Salam hari isnin uolls , happy monday awak2 semua, happykan diri dgn kerja yang melambak nie --'' , semalam kan aku dah janji nak bgtau siapa yang jawab soalan dgn betul kat entry INI , ada seorang jek jawab yang betul, yang lagi sorang jawab sipi2 jek. hee terima kasih sapa yang sudi jawab soalan spontan yang aku bgtu , meh kita tengok siapa jawab dgn betu tue, tapi dia terlebih sen pulak hee








agak2 berapa ringgit harga semua makanan yang aku makan tue jawapannye ialah RM 27.40. dari beberapa orang yang jawab cik ika seorang jek yang jawab betul, tapi dia terlebih 20sen lar , xpe jawapan boleh diterima. So cik ika boleh emailkan alamat , No.fon dan Nama yer kat email keyrah.Yang jawab tak tepat tue  jangan sedih yer, sebab ada saguhati untuk korang sbb sudi jawab soalan spontan aku nie.










Senarai nama kat atas sila emailkan Nama, No.fon & Alamat sebelum 4 OGOS 2012 yer, korang boleh emailkan kat email nie 

keyrah91@yahoo.com

Okaylah aku nak smbung buat kerja pastue nak makan tgk muvie yang baru pas aku download hihi abzla kalau boss aku tau , hee :P


* Ada blogger yang nama Cik haryati Hamzah, tak dapat ditag sebab blognye privte, jadi tak dapat nak link kat blognye . .





Terima Kasih Sudi Baca :)

Dapat Hadiah :)


korang nga berbuka ape hari ini? aku buka simple jek makaroni goreng, kentang goreng & tempe goreng, aku mmg peminta tegar tempe goreng tau hee, lupa pulak nak snap makanan berbuka aku sebab malas lupa oke. Semalam cucr udang aku menjadi tau, gmbr xde sbb gelojoh nak makan hahahah

hah mase tue kan aku ada tunjuk aku dapat hadiah dari seorang blogger kan, nak tau x apa dalamnye, dalamnye adalah jeng jeng jeng


aku dapat coklat dari blogger Ini , terima kasih cikNa sbb bagi kite coklat, sayang pulak nak makan, hihi yang keychain tue bukan coklat tau, kang ada ingat tue pun coklat jugak :P  CikNa nie dia buat coklat tau, ayang aku tengok kat page dia, Cik na jugak amek tempahan untuk hantaran bertunang, nikah ke or bufday dan sebagainya. 


nie aku cilok gmbr kat page Cikna, dia boleh buat hantaran dari coklat untuk bertunang, so sesapa yang nak bertunang, kahwin atau untuk jadikan hadiah bufday, hadiah untuk Bf/gf /mak/ayah/kakak/abang/kawan/ bolehlah pergi tempah kat cikNa, coklatnya sedap tau sebb aku dah telan makan sebijik. meh terjah blog cikna kat SINI dan boleh tgk &like page cikNa kat SANA

* ehem ehem ada sorang blogger nie jawab dgn betul harga yang aku makan , siapakah dia?? esok aku bgtau yer :)




Terima Kasih Sudi Baca :)

Sedang Fikir . .


tengah memikirkan petang nie balik keje nak masak ape, tapi tad mse lunch aku berdesupp pergi pasaraya beli udang, rasanya macam nak masak cucur udang, pastu goreng karipap frozen, lauk aku nak masak yang simple jek, buat sup ayam, abzlah kalau MR.s baca blog aku , mesti dia cakap awak tau masak sup jer yer, hee jawapan selamat sy pndailah masak lah lauk lain, cume sy suka makan sup jadi masaklah sup hehe :P 



dah terbayang2 nie balik nak bancuh cucur udang, buat sikit jek sebab makan dua orang je kan, malam nie kawan aku amalina temankan aku kat rumah sbb aku kan terlalu berani penakut kalau tinggal rumah sorang2 , jadi aku suruh amalina temankan aku hehehe erm jap lagi nak google la mcm mane nak buat cucur udang paling sedap sekali, habislah nangis mak mR. s tau menantu aku nak buat cucur udang siap mengoogle bagai hahahaha 

* tadi ada seorang jek jawab yang betul soalan yang aku bagi tadi, agak2 sape yer, hee bagi yang jawab boleh jawab kat entry ini :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Nak Free Gift Tak ??

salam hari sabtu semua.. lapo lar perut hahaha  semalam kan kan aku tak masak pun , aku g berbuka kat luar ajak teeja temankan..hihihi poyo kan memula nak masak, tertiba gejala M menyerang terus call teeja ajak dia temankan aku berbuka kat luar..hee semalam makn bnyak giler oke, aku order nasi goreng kampung, tomyam, kerabu sotong, sayur kangkng masak belncan, berung puyuh,timun & sambal belancan air teh o ais, teh ais, limau ais, . pehh ma.su aku dengar dia ckp mkn ke melantak hahaha aku suka makn kat situ sebab murah giler, makan berdua jek ngn teeja tapi mengalah makan berlima.,.tapi amat berpuas hati sebab sedap dan murah sangat2.aku ada soalan nie kat korang

aku nak korang teka berapa harga semua sekali aku makan tue, kalau korang dapat jawab aku nak bg free gift kat korang :)

Clue

* tak lebih dari Rm30.00



Terima Kasih Sudi Baca :)

Nak Berbuka Apa Yer


ngntuknya  mata nie , cepatlah pukul 5 aku nak balik sihhh arini berbuka sensorang la nampaknya sebab ma.su n pa.su balik pahang, aku x ikut sbb esok kerja uwaaaa. petang nie nak makan ape yer untuk berbuka, gigihla petang nie aku nak masak, aku malas nak beli sbb xde yang aku suka kat bazar tue. semalam lauk berbuka kiteorang simple jek

Udang Sambal



sup sayur



jambu & pencicah .


besau x jambu nie


jambu tue besar sgt, aku kupas 2 biji tapi sebiji jek bila di potong2 dah jadi banyak, balik terawikh aku makan lagi buah jambu tue, lepas mkn tidur. baguskan aku hahah org puasa makin kecik, aku mkin beso  hahaha  nga dok pikiaq jek nak masak ae ptg nie hehe bg idea ckit boleh . 

hah lupe pulak tadikan aku dapat hadiah dari seorang blogger nie nnt aku update yer hee

jeng

jeng
.
.
.




Terima Kasih Sudi Baca :)

Percayalah



salam jumaat semua!!

Percayalah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, Allah tak akan mensiasiakan hambanya :)

Terima Kasih Sudi Baca :)

Cikgu Rupanya


alhamdulilah dah masuk hari keenam kita berpuasa :) petang tadi aku ada update kan pasai adab, so aku bgtau boss aku pasai perkara tue, bila boss aku tengok nama customer tue, boss aku pun cakap dia memang tak ada adab, awak nak tau dia kerja apa, dia cikgu sekolah menengah dot dot . . baguskan perangai cikgu  tue, harap jek cikgu adab tak ada.

Aku agak terkejut jugak dengan perangai manusia tue, sbb cikgu lebih tau tentang adab sbb kat sekolah selalu pesan kt student tapi diri sendiri hilang adabnya . aku nak ngata cikgu tak ada adab pun tak boleh sebab family aku ramai berjawatan sebagai cikgu tapi tak ada lah macam tue sekali. tapi tadi memang aku cukup marah sangat2 sampai gigil tangan aku menahan marah, sbb aku tak boleh terima org kurang ajar dengan aku, sbb aku di ajar untuk tidak berkurang ajar dgn org lebih tua dari kita atau sebaliknya.


Lagipun semalam aku baca blog kak.filla pasal budi bahasa, dia ade dengar radio ho fm, fafau cakap negara kita tercorot oke dalam budi bahasa nie 34 dari 36 negara, buat malu jek. padahal negara kita majoriti berbangsa melayu dan melayu selalu di kaitkan dengan budi bahasa, tapi hampehhh .  aku harap korang jangan lah golongan macam tue yer, kita nie melayu dan beragama islam tolonglah jaga adab kita. Apa pandangan negara luar bila tau negara kita nie tak ada adab, malu kan kan . tapi tadi aku pergi terawih nampak manusia yang tak adab nie kat masjid nasib baik aku tak pancitkan tayar motor dia, gila kejamkan aku hahahah tapi aku tak sekejam tue, aku pun dah maafkan sikap manusia tue cuma terkilan jek dgn sifat manusi tue huhu


Terima Kasih Sudi Baca :)

Teringat & Adab

hari ini rasa lepak sikt lah, sebab tekak aku rasa perit sangat2, ermm nak telan air liur pun rasa perit . .mebi nak demam kot, tertiba tengah buat kerja tadi aku teringat air soya & air cincau lat dalam peti ais kat rumah, semalam tak sempat nak minum sebab ma.su aku dah beli air katira .  terliur pulok aku bila egt air soya kat rumah . .hee aku memang penggemar air soya .



hari ini aku rasa nak marah org jek, sbb tadi ade customer aku nie kurang ajar sgt2 ada duit dia baling2 pgkal jek compeni boss kalau kompeni aku , aku dah cmpak blik duet tue kat muka manusia tue. haihh saje je nak aku kurang pahala. datang2 tak de bg salam, pastu cmpak2 duet. betul juga ape yang aku dgr semalam kat radio hot, org malaysia nie adab kurang.  Saja je nak buat aku marah kan . . sabor je lah,.





Terima Kasih Sudi Baca :)

Ohh Mercun

salam hari khamis uolls , hari ini xde keje lg cume pukul 12.30 kene pergi pejabat pos , jum sebelum tak de keje boleh la kita layan movie hantu hindustan,.hee tadi saje je buka movie hantu , tapi tiutup balik , takut oke , jadi layan hindustan je la, hari ini layan mohabattien puloks hihi semalam aku pergi terawih aku ada nampak budak nie mercun tepi masjid tanjat gegirl tau masa nak masuk ke masjid. ish2 budak2 nie tak paham ke main mercun nie bahaya , boleh kudung tangan oke, baik2 jari ada 10 tinggal 8 , ha mcm nak slahkan sape, salah diri sendiri la . 

sumber pn.google

aku mmg dari kecik smpailah sekarang aku tak main mercun sebab aku takut tau, bukan mercun jek belon pun aku takut heheh ngengada kan, tapi aku cukup seriau kalau ada org main mercun dekat tepi-tepi aku nie, nie tak lama lg mest ada bunyi meriam pulak, sakit jantung aku kalau meriam yang bunyi. macam nak piat2 je telinga depa yang main tue. pernah masa malam raya kot tapi tak ingat tahun bila, boleh cousin aku baling mercun yg terbang tue kat aku, macm tak cukup tanah aku lari. mmg sangat benci oke kalau org buat mcm tue kat aku.errr --''

Selain mercun yang aku takut, aku kalau main bunga api pun pegang hujung2, hehe  . . tapi kadang2 aku tengok masyarakat kita macam tak ambil iktibar dgn ape yang pernah berlaku tetap juga nak main, nak tunggu dah terkena baru nak insaf. kadang2 yang tak main mercun pun jadi mangsa mercun, what de hell, .  aku kalau tengok berita pasal budak cedera sbb main mercun, aku akan ckp sape suruh main, dah terang2 mercun tue bahaya yang hang p main buat apa . tapi sekarang tekak aku agak meloya tengok kat wall fb sebb ramai yang pos akibat org main mercun sampai tgn tak ade, ngeri oke. --'' aku tak suke main bnda2 mcm tue tapi aku suke tengok bunga api yang nie hikss


Kalau mercun pop pop tue aku berani lagi main, tapi pun berani2 takut hee sakit tau kalau kene kat kaki.buat adik-adik, abang-abang, akak-akak, pa.cik2 tak mau yer main mercun , kalau nak main main je lah belon yer hihi nnt kang raya kat hospital nak ker??

* Mesti antara korang suka main mercun kan. meh la habaq kat aku . . hee




Terima Kasih Sudi Baca :)

Tak Mahulah Macam itu

hari ini sebenarnya tak ada mood nak update mebi Mr.M dah datang mari balik hehehehe , sebenarnye just nak bgtau jek, sesiapa yang follow aku pleasee bgtau senang aku nak follow balik, korang boleh tinggalkan link blog korang kat chatbox tue, . aku tak suke kalau org follow tapi aku tak follow pulak , mcm x fair pulak. kalau boleh korang follow aku, aku nak follow korang balik, x besh kalau korang follow tapi aku tak. 

Aku kan buta ckit bab2 blog nie, ade yang bg aku link nufnang la, says , churp2 la jgn la mcm tue sayang, kalau nak suruh tekan bgtau aje, jgn la tipu saya yang tak tau pape nie . . dah banyak kali aku terkena, org singgah blog kite, so kita pun nak singgah blog dia , upenye bila tekan link namenye kuar website iklan2 tue..xmo xmo mcm tue yer sayang2ku :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

WW # 03# Bila Rindu



Rindu kat dia ;)

Terima Kasih Sudi Baca :)

Giveaway : Saya Nak Kad Raya


tekan Banner untuk join

Pantun Raya ::

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.


Terima Kasih Sudi Baca :)

Hot Scandal . . panas . .


meh tengok nie ;)

sumber dari youtube


Meh gadis2 , wanita2 , kita mempertingkatkan aurat kita :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Menangis ke?

salam hari selasa peeps..rasa beshnya hari ini tak de koje nak buat, tapi jadi tak besh bila ade koje..sangat kejam kan ayat aku nie haha x pe incik boss tak tahu pun aku ada blog jadi dia tak akan baca punyer hee , tadi aku terjah blog Kesuma angsana , KA bg petua untuk tidak menangis bila mengupas bawang , sangat bagus petuanya utk aku sebabnya aku mmg meleleh air mata kalau kupas bawang merah hihi


Aku lebih rela kupas bawang putih yang kecik2 tue dari kupas bawang merah, hee aku pun dah lama cari petua mcm mane nak elakkan menangis bila kupas bawang merah, nasib baik KA ade bg petuanya, hihi  semalam ma.su aku suruh aku kupas bawang merah jek aku dah melelah air mata, last2 ma.su aku yang kupas..hihi nasib baik mak MR.s tak pernah tengok aku kupas bawg , kalau dia tengok mesti dia reject kan hahaha mata saya nie kan manja.ayat minta lempanggg nie.hee

Kalau ada kenduri2 bila rewang aku akan mengelakkan kupas bawang sebab malu wooo kalau ma.cik2 rewang nampak, mana tau ade yang nak jadikan bakal menantu, terus reject agaknya kalau nampak aku kupas bwg merah menagis, reject terus agaknye . . cehhh ada ke nak jadikan ko calon menntue tue . .hahahah xpe mak MR.s nak . .hee

sementara xde keje aku layan hindustan tau, cerita kabhi kushi kabhi gham koo, walaupun dah banyak kali tengok tetap menangis, adakah aku hati tisu..hihi nak tengok cerita hantu takut pulak sbb aku sorang jek kat opis.. tapi mmg tak la aku tengok cerita hantu,,hee

credit:


Terima Kasih Sudi Baca :)

Agak-agaklah sikit

 
hari ini baru aku berkesempatan melawat tapak, cehh egt tapak ko, gurau jek hari ini aku g temankan member aku pergi bazar, dan buat pertama kalinye aku pergi param (pasar ramadhan) pada tahun ini, mmg byk menu juadah untuk berbuka tetapi aku agak terkilan dgn harga yang diletak sebabnya tempat aku tue kampung jek tapi harga yang diletak ngalahkan kat k.L oke.

Aku tak kisah kalau hrga yang diletak tinggi dekat berpatutan dgn kuih yang rasanya sedap dan besar. tapi tadi aku tgk ade yang jual 3 keping seringgit, tapi besarnye adelah 2 jari aku yang comel nie.  Selepas tue aku berjalan lagi, terjumpa pulak nasi kerabu, kan ade ckp aku suka nasi kerabu, tapi td bila tengok nasi kerabu nafsu aku terus mati, aku saja jek tanya berapa 1 bgkus nie hrga di Rm 4.50 , tapi aku tengok just ade daging goreng secoet buat celah gigi jek kalau mkn, serunding sikit , kobis sikit & keropok. Macm sungguh tak berbaloi,. 

Memanglah nak cari rezeki tapi janganlah  disebabkan bulan puasa ramai yang akn berkunjung kat param, para peniaga meletakkan hrga yang luar jangkaan, kalau kualitinya class A aku tak kisah tapi diaorang mcm mahu megaut keuntungan sahaja berbanding kualiti. agak2 lah skit para peniaga yer..

sebab tue family aku lebih suka masak berbanding beli luar , lagipun dijamin bersih bila masak sendiri. hari ini pa.su aku tau yang masak hihi tapi kalau dia yang masak kene sediakan bahan yang lengkap oke, kalau tak lengkap dia x nak masak, smpai ma.su aku yang pening bila pa.su aku yang masak hee ;)


* aku minta maaf yer pada korang, malam nie aku tak sempat lagi nak terjah blog korang sbb perut aku nie sakit jek, & penat, trima kasih sbb rajin singgah blog aku..insyaAllah aku akan terjah blog korang ;)

Terima Kasih Sudi Baca :)

Pengantin Muda 16 & 14 tahun

terjumpa di youtube tgk tarikh postnye awal bulan 7 aritu. 



umur lelakinya 16 tahun & perempuannya 14 tahun. Muda kan mereka.. semoga meraka bahagia hingga akhir hayat :)

Terima Kasih Sudi Baca :)

NO entry

hai semua !! alhamdulilah da masuk puasa yang ketiga pada hari ini, hari ini mood aku sepoi2 bahasa dibuatnya hee biasalah hari isnin kan mestilah mood swing2 sikt .  kalau hari isnin tak tau nak update ape, bg aku idea sikit boleh dak?  kerja pun asa malas nak buat hahhaha rasa mcm nak tido aje, hehehe aku dah ngidam nasi kerabu nie, bazar kat tempat aku nie xde jual la pulak , atoyaiyepun jual lar, byk cntek ko nak pkse2 org jual makanan yang ko suke . . hee

Masa hari jumaat lepas aku g tgk wayang jap ngn teeja cter the amazing spiderman, bg aku cter tue kelako oke, smpai tersedak2 aku ketawa . . kalau tgk 3d mebi lagi syok kot coz lagi nmpak real kan, ala tak tgk 3D pun aku dah terjerit, mak kan mudah tekejut nokss..hehehe lepas tgk wayang jalan2 n kiteorang lepak kat kerusi urut yg masuk singget tue. sedapp skit ase bdn kene urut, .hee


tengok kat blakang tue tmpat kedai refleksologi, betul ke aku eja nie, hee aku tgk syoik jek depa dapat urut kat situ, ramai jugak customer depa kat situ. rm 30.00 kot sekali urut, depa just urut kaki jek oke.


ma.cek nie sibuk ber BBm jek kojenye, dialah member yang sporting, jadi gonjen g aku ngn dia kekadang.. hahaha sori jahhh hee :P

malas pulak nak bercerita hee kata mood swing2 jadi mmg malas la aku hari ini hehehe jgn marah yer sayang2 aku, meh tgk mak jemah bila dah tak de koje nie


sementara tunggu ma.cik tue amek, aku mengisi masa masalah gonjeng aku hahha
tapi 

kan

kan

kan

ada

lagi

yang

paling

gonjeng

kejap

yer

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

Nie lah yang terserlah kegonjengan aku hee

~habislah kalau  mak mentu Mr.s tengok, sedey jek dia tengok anak dia kawan dengn minah gonjeng hihi






Terima Kasih Sudi Baca :)

 
All Right Reserved To Cik Keyrah . Full Edit By Cik Rose Cute.