Wordless Wednesday ;)

Assalamualaikum..

da lama tak update sebab kesibukan yang melampau.. hee lagi 1 aku merajuk dgn blog nie, sbb dia jadi gonjeng, aku pun tak tahu kenapa dia jadi gonjeng. 
hari sabtu nie adik aku dua orang masuk U, uwaaa sedih aku da tkde kwn nak tido dgn aku, adik aku yg aida dapat uitm jengka adik aku yg lg sorang dapat uitm Melaka.. aku tak dapat hantar dorang sebb aku kene keje pulak >,<

nie adik aku yang Aida

yang pkai tdung tue adik aku gak name dia Sharmine

;)

Terima Kasih Sudi Baca :)

Darah mendidih

Assalamualaikum . .
adoyai hari ini boleh pulak aku terbangunn lambat ,aku da kunci jam pukul 5.30, tertiba tgk jam dah pukul 7.30..pehhh terkejut mak, terus kelam kabut bangun. solat subuh pn aku qada jek..huhu siap2  pukul 8.20, padahal masuk opis pukul 8.00..huhu nasib baik bos aku tak marah..hee , mane tak lambat pg tadi kan hujan tue yang terlajak..hee :)

aku nak luahkn sikt pasai someone nie, dia menjual on9 , aku da order nk dekat seminggu lebih barang tue , da bank in kan pun, tapi bole pulak pg tadi aku tgk kat email aku , brg yg aku order tue da habis, pehhh menyirap darah aku bila baca email tue..ko nak berniaga ke tak nak!! macm haram**** . aku nie jenis malas nak lebih2, mula2 dia bg alasan tak sempat nak pos sebab dia kat kampung tgk mak dia, aku tak kesah sgt lar sebab nk tgk mak dia kat kampung. tetiba arini dapat email brg yang aku order tue da abz, ya ALLAH hanya tuhan jek tahu..mendidih darah2 aku nie.. ><  kan senang kalau ko cakap dari awal, aku boleh lar order kat tempat lain. 

Ini lah masalah kalau beli kat on9 , kita dah bank in kan semua boleh pulak dia yang wat masalah, aku ce think +ve , bukan aku nak buruk2kn dia tapi aku nie kan manusia biasa jugak, tetiba mcm hilang sabar pulak . huhu okelah aku nak pi sarapan roti telur dgn teh tarik , nak sejukkan hati aku nie ..

bubbye ;)

* aku nak bgtau blog aku jd gonjeng balik, geram pulak aku >< padahal arini ari khmis, tp bile aku publish jadi hari rabu..gonjeng betol lar blog aku nie ><


Terima Kasih Sudi Baca :)

selamat hari guru

Assalamualaikum  . .
 tak terlambat lagi kan aku cakap hari guru kat orang yang jadi cekgu kn..hee selamat ari guru kat ma.su , pak.su , cekgu tadika aku, cekgu sekolah pulai sebatang, cekgu sekolah, kayu ara pasong, cekgu sekolah men.ayer baloi , cekgu sekolah men. dato sulaiman, dan cekgu sekolah men.benut terima kasih sebab penah mengajar aku :).. tgk bykkn sekolah yg aku penah bersekolah.. sebabnye dulu mak aku keje so kena la pindah ikut mak aku, anak jd mangsa..hihihi  oke lar tue je aku nak wish ..hee

bubye ;)



Terima Kasih Sudi Baca :)

Solidarity With The Palestinian Prisoner On Hunger Strike

Assalamualaikum  . .
hari ini rase ngntuk sangat, mane tak ngntuk malam semalam aku tidur pukul 2 pagi , buat ribbon..aku skrg tgh nak buat bisness ckit, xpe nanti kalau da siap semua, aku update pasal bizness aku yer.. hee :) dari semalam dgn hari ini aku perasan kat facebook ramai yang tukar DP tanda mogok lapar. info yang aku dapat dari belog nie gambar-gambar yg depa dok tukar tue ade simbolik.


SIMBOLIK PENUKARAN DP

1. gambar di atas adelah simbolik kepada tahanan palestine yang dipenjara.

2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasa oleh perkhidmatan penjara israel ke atas tahanan pelestine

3. Logo disebelah kana bermaksud SHABAS , ia adalah singkatan bagi perkhidmatan penjara israel.


Tujuana kita menukar  DP menggunakan avatar untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang saudara islam kita yang kini dipenjara di israel dan sedang mogok lapar. menurut info yang aku dapat nie mogok yang terbesara tau. Secara logiknye memang kita tukar dp nie tak membantu ape-ape , tapi secara tidak langsung masyarakat akan tau ape yg sedang berlaku. kita patut mendoakan mereka, kerana mereka adalah saudara seislam kita.



Aku punda tukar DP dgn gambar nie , haruslah comel yang aku buat DP hee .. aku mendoakan mereka disana tabah dgn dugaan yang diberikan ..aminnn

okelah aku nk buat kerja aku, esok da nak kena hantar..

bubbye ;)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Fenin

Assalamualaikum..
aku dah pening da nie dgn blog aku, tertibe jadi gonjeng macam tuan dia.HAHA . . adoyai, sape boleh tolong aku setting kn blog aku nie..
oke lah 

bye ;)

Terima Kasih Sudi Baca :)

Bunga-Bunga Cinta .




Assalamualaikum..
hari ini aku nak share pasal lagu bunga-bunga cinta nie, aku suke gilak dgn lagu nie..hee siap da hafal lagu nie ,.. (hafal lagu jek, ce ko hafal doa kn lebih baik)hihi
kalau akudgr lagu nie mest tetiba aku berangan teregt MR.S aku..hee :D , aku kn minah berangan, jd da tak heran kalau org nampak aku senyum sorg2..bkn gile oke..hihi





Asmirandah:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Dude:
Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Asmirandah & Dude:
Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Asmirandah & Dude:
Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Asmirandah & Dude:
Memboncah di hati
Harapan dan suci
Dalam mihrab cinta

credit for my .MR.S <3


Terima Kasih Sudi Baca :)

Himpit @ Tindih

Assalamualaikum..
hari ini ngntuk sangat lar, sebab semalam aku tak boleh tidur, pukul 3.30pg baru boleh tidur .. memula aku dah  nak tidur so aku baring2 lar dulu, bila aku baru jek nak terlelap , aku rase macam ade something tindih atas badan aku, aku dah cube nak menjerit tak boleh, yang boleh gerak hanya kaki aku jek. yang aku hanya mampu  baca ayat kursi kat dalam aty jek, .. pehh memang sakit2 la badan aku.

Kalau bab tindih2 nie selalunye org kaitkan dgn jin, aku tak pasti la betol or tidak , tadi aku try google , so jumpe la 1  blog nie tulis N3 pasal sebab2 kene tindih . .so aku copy paste sebab kene tindih nie. (bang, jgn marah yer sy copy paste) hee :)

mengikut teori sains fenomena kena hempap/tindih dalam bahasa medicalnya ialah ‘Sleep Paralysis‘. Sleep paralysis dalam bahasa melayu ialah  ‘lumpuh waktu tidur’ iaitu keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis).
Temporary Paralysis ini selalu berlaku bila mula-mula nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Normal badan manusia apabila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti di switch off kejap. Otak kita pun ada switch off button yang dipanggil Reticular Activating System (RAS). So, ketika ini REM atonia (tiada muscle tone). Yang tinggal ketika ini hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan sebagainya. Lebih kurang macam screensaver atau hybernate lah.
Jadi, apabila kita bangun, RAS akan switch on balik. Kita akan sedar sepenuhnya. Tapi kadang-kadang berlaku juga keadaan yang mana electrical signal tidak diactivatekan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak akan diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh sekejap. Masa tu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tapi sebahagian saja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian badan lain tak boleh bergerak.
Satu lagi, sleep paralysis ini juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory (bunyi yang pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap dll..) Sebab tu kita rasa macam kene himpit dengan hantu lah jin la ape la, lepastu ada pulak sound effect bunyi mengilailah dan macam2 lagi halusinasi.

Sebab-sebab yang membolehkan sleep paralysis berlaku:-
1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock)
3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt)
4. Stress yang banyak kat otak… masalah keluarga, kewangan bla2
5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung)
6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang)

bila aku bace N3 nie, ape yg dia tulis, same ape yg terjadi kat aku.. meremang pulak bulu roma aku..hukhuk pagi tadi aku cerita dgn ma.su, ma.su teruss cakap nak tido tak basuh kaki la tue ngn tak bace doa la tue.. padahal aku da amek wudhu sebelum tido. tapi semalam memang aku tido lewat sikt. aku anggap perkara semalam aku penat sgt kot.
oke lar, aku nak buat kerja nie, tak siap kang kerja aku.. uwaaa ngntok gilak
bubbye ;)


Terima Kasih Sudi Baca :)

Selamat Hari Ibu :)

Asslamualaikum..
selamat hari ibu kepada ibu-ibu diseluruh dunia :)  untunglah bagi sesiapa yang masih ade ibu lagi .. aku hanya hadiahkn AL-fatihah sahaja kepada mak aku. :(  Da 8 taun mak pergi bertemu-NYA , aku redha atas pemergian mak. mak aku meninggal mase umo aku 13 tahun , mak aku meninggal sebab sakit kekurangan darah merah , aku lupe lar nama saintifiks dia. masa dia hidup, aku lar anak kesayangan dia , mak aku memang garang tapi kalau ngn aku mesti dia cair , sebab dia penah cakap 4 taun kawen baru dapat aku, jadi aku nie terlebih manja. mak aku sayang semua dengan anak-anak dia :) mak aku tak pernah pn beza2kn antara aku dan adik2 aku. walalupn 13taun jek aku hidup dgn mak aku , banyak kenangan aku dgn mak. Dia lah pelindung aku, dia lah pendengar setia, dialah sahabat aku, dialah pemujuk aku. 

Mak aku  memang selalu utamakn kami , kadang2 dia tak ade duit , dia tetap adekn walaupn lmbat. Mak aku memang tegas , dia paling marah kalau tak solat atau tak belajar. tegas2 mak aku, dia suke kongsi cerita dengan aku, sbb dia anggap aku nie mcm kawan dia jugakz :) aku pernah jugak kena rotan dgn mak aku sebab melawan ckp dia, peh lebam kaki aku kene sebat, aku tau dia buat mcm tue utk kebaikan aku juga. Kalau korang nak tau mak aku nie cepat touching , aku pernah cakap dgn dia dulu '' mak, kaka syggg sgt ngn mak, mak kn kwn kakak'' ..automatik air mata dia meleleh.. :'( 

Mak aku pandai masak tau , aku rindu sgt dgn masakkan dia :'( .. dia kalau masak xpernah tak sedap, mesti sedap. lauk dia paling sedap asam pedas.pehhh meleleh kalau makan. tapi sejak mak aku dah tak ade, dah tak ade lagi asam pedas yg sedap macam mak aku buat :'( tapi pa.su aku cakap aku pndai masak macam mak  ;)  mak aku mula sakit bln 7 taun 2004 , mula2 suspect denggi rupanye dia kekurangan darah merah, aku lar yg jaga dia masa kat hospital, mase tue mmg kerja aku ponteng sekolah jek sbb nak jaga mak aku.  sejak tue mak aku dah tak mampu nak buat ape2 , dia hanya terbaring jek . badan dia pn naik susut, mase mak aku sakit aku tak boleh langsung berengggang dgn dia, Abah pulak uruskn adik2 aku. 

masa akhir bulan 8 , mak makin teruk  da tak boleh jalan. makin lemah, . mak minta abah anta mak kat rumah ma.uda kami kat kota tinggi, tapi sebelum anta mak kat kota, mak ade pesaan kat abah jaga kami adik beradik dgn baik. selepas tue, kiteorg anta mak ke umah ma.uda, dia ckp nak tinggal sane, abah ikutkn aje. mase 5/9 mak mkin lemah, tp dia still bole bercakap.dia pesan kat aku jangan nanges, jaga adik2, jaga maruah, jangan nakal :'( mase tue perasaan aku mcm nk ape nth, yang penting aku menangis jek. mak peluk kami adik beradik dan abah. lepas asar, mak nazak , dan abah ajar mak mangucap. tepat pukul 5 pergi tinggalkn kami semua :'( 

sejak tue kehidupan aku dah lain tanpa mak, jiwa aku kusut sangat.  naik form 2 aku masuk asrama sbb abah nk aku fokuskn kat study , dia ckp dia boleh uruskn adik2. tapi umo abah pn tak pnjang, selepas 5 bulan mak pergi , abah pn bertemu dengan-NYA , sebab sakit :'( .sejak tua kau jadi anak yatim piatu. selepas abah pergi , pak.usu dan mak.usu yg jga aku, da 8 taun aku duduk dgn pak.usu, alahamdulilah pa.usu jaga aku dengan baik , aku da anggap diaorang macm mak dan bapak aku :) 

baru-baru nie, ma.uda aku telah kembali ke rahmatullah, dia meninggal secara mengejut. AL-FATIHAH buat ma.uda aku. 

okelah da penat taip, aku nak chaww dulu..hee aku ucapkan lagi sekali SELAMAT HARI IBU SEDUNIA ;)

bubbye...




Terima Kasih Sudi Baca :)

Help me

Assalamualaikum..
aku nak tanya lar kenapa blog aku mcm sewel nie.. aku buat entry hari isabtu tapi tarikh keluar hari jumaat.. Help me ,..kalau ade sesapa yg tau mcm mane nak betolkn, tolong lah ajar aku :)

BYE..

Terima Kasih Sudi Baca :)

Tudung Bawal

asslamualaikum..
selamat pagi jumaat, semoga hidup ini di rehai Allah :) .  hari ini aku tgk cuaca macm nak hujan , tp tak ujan2 pn..  disebabkn awan mendung2 gitu , jd aku pn arini sloww sikit sebb ngantok..padahal mlm td tido cepat huhu , sekarang aku nie tgh menggila dgn tudung bawal, aku rase nak dekat setaun kot tak pakai tdung bawal..sbb aku pakai shawl..so baru2 nie aku pn pakai tdung bawal..rasa kekok jugak mula2..pastue da oke ..mcm comel pulok. HAHAHA perasan sudah.. tapi agak tembam pulak bile pakai tdung bawal..hee 

tak berapa bulat sgt kn?

Mr.S ckp muke aku mcm kene tumbuk , nie bukan kene tumbuk la yangg , nie baru lepas buat facial..hee 

nie gambar semalam..bila da tak ade keje , snap2 lar gmbr sendiri..hee

mase 1 mei aku pergi buat facial..pehh siyes mcm nk menangis woo mase kene picit jerawat (nampak sgt muke ko banyak jerawat)  . . aku skrg tgh try satu produk nie, tgk la mcm men kalau oke aku teruskn , sebab kulit aku nie sensitif sangat sampaikn kene geget nyamuk pn bole jd parut >< .. 

oke lar , aku nak sambung buat keje..k tata titi tuu

ASSALAMUALAIKUM :)

Terima Kasih Sudi Baca :)

Ngadate Wif Teeja

Assalamualaikum..

waa..mcm tak percaya laR hari ini aku update , hee :) .. semalam aku ngedate dengan member aku ..teeja namenye :) kiteorg da lame nk kuar tapi semua sibuk memanjang , so smlam balik jek keje trus pergi pontian ..kiteorg juzt pergi mkan jek sambil bergosip2 hee.. 
.
.
.
.
.
.
.
.





mke masing2 melengaih .. hee


Terima Kasih Sudi Baca :)

zOO singapoRE ..RanDom

Assalamualaikum.. 
rupanye dah sebulan aku tak hapdate , ermm..sebab sibuk dan line mcm lemb** ..kn aku da jnji nk update pasai g singapore kn, kite org pergi 3 minggu lepas kot,boleh pulak kot-koy kn..hee ..kiteorg sempat p zoo singapore je..jum layan gambar :)


budak kecik yg eksited,,,hee

 kat imegersen

ma.su nga kira bajet la tue..

sempat lagi nie kat toilet

suke tgk pica nie :)

keluarga saya :)






















pemalas kn aku nie, tu lar bila da sebulan tak update jadi mcm nie lar.. oke la aku nk tdo ,..ngntuk beb :)


Terima Kasih Sudi Baca :)

 
All Right Reserved To Cik Keyrah . Full Edit By Cik Rose Cute.