Himpit @ Tindih

Assalamualaikum..
hari ini ngntuk sangat lar, sebab semalam aku tak boleh tidur, pukul 3.30pg baru boleh tidur .. memula aku dah  nak tidur so aku baring2 lar dulu, bila aku baru jek nak terlelap , aku rase macam ade something tindih atas badan aku, aku dah cube nak menjerit tak boleh, yang boleh gerak hanya kaki aku jek. yang aku hanya mampu  baca ayat kursi kat dalam aty jek, .. pehh memang sakit2 la badan aku.

Kalau bab tindih2 nie selalunye org kaitkan dgn jin, aku tak pasti la betol or tidak , tadi aku try google , so jumpe la 1  blog nie tulis N3 pasal sebab2 kene tindih . .so aku copy paste sebab kene tindih nie. (bang, jgn marah yer sy copy paste) hee :)

mengikut teori sains fenomena kena hempap/tindih dalam bahasa medicalnya ialah ‘Sleep Paralysis‘. Sleep paralysis dalam bahasa melayu ialah  ‘lumpuh waktu tidur’ iaitu keadaan yang mana badan kita akan menjadi lumpuh sementara (temporary paralysis).
Temporary Paralysis ini selalu berlaku bila mula-mula nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis). Normal badan manusia apabila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement-waktu nyenyak, bola mata kita akan bergerak-gerak) , otak akan beritahu badan supaya berehat seolah-olah badan kita seperti di switch off kejap. Otak kita pun ada switch off button yang dipanggil Reticular Activating System (RAS). So, ketika ini REM atonia (tiada muscle tone). Yang tinggal ketika ini hanya automatic function seperti degupan jantung, bernafas dan sebagainya. Lebih kurang macam screensaver atau hybernate lah.
Jadi, apabila kita bangun, RAS akan switch on balik. Kita akan sedar sepenuhnya. Tapi kadang-kadang berlaku juga keadaan yang mana electrical signal tidak diactivatekan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Ketika itu, badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak akan diaktifkan semula. Memang menakutkan, tapi benar, kita seperti lumpuh sekejap. Masa tu, mungkin ada yang tidak lumpuh sepenuhnya tapi sebahagian saja. Sebab itu ada yang boleh gerak-gerakkan jari, tapi bahagian badan lain tak boleh bergerak.
Satu lagi, sleep paralysis ini juga selalu datang dengan halusinasi dalam bentuk auditory (bunyi yang pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap dll..) Sebab tu kita rasa macam kene himpit dengan hantu lah jin la ape la, lepastu ada pulak sound effect bunyi mengilailah dan macam2 lagi halusinasi.

Sebab-sebab yang membolehkan sleep paralysis berlaku:-
1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama
2. Jadual tidur yang tidak tentu arah (irregular sleep clock)
3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni… penat sgt)
4. Stress yang banyak kat otak… masalah keluarga, kewangan bla2
5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung)
6. Orang yang ada penyakit narcolepsy (tidur secara tiba-tiba walaupun ketika itu sedang bersembang)

bila aku bace N3 nie, ape yg dia tulis, same ape yg terjadi kat aku.. meremang pulak bulu roma aku..hukhuk pagi tadi aku cerita dgn ma.su, ma.su teruss cakap nak tido tak basuh kaki la tue ngn tak bace doa la tue.. padahal aku da amek wudhu sebelum tido. tapi semalam memang aku tido lewat sikt. aku anggap perkara semalam aku penat sgt kot.
oke lar, aku nak buat kerja nie, tak siap kang kerja aku.. uwaaa ngntok gilak
bubbye ;)


Terima Kasih Sudi Baca :)

No comments:

 
All Right Reserved To Cik Keyrah . Full Edit By Cik Rose Cute.