Berpeluh

alhamdulilah tempat aku hujan, beshnya kalau dapat tidur time hujan2 hihi korang ada mengalami tapak tangan berpeluh tak? aku mengalami tapak tangan berpeluh tau, dah lama dah ada gejala nie, tapi tak kritikal lagi la, info yang aku dapat dari cik google , tangan berpeluh nie di kenali dalam bahasa sintifik ialah Palmar hyperhidrosis iaitu si pesakit tidak dapat mngawal peluh di telapak tangan, jap aku copy infonya

peluh itu akan keluar pada bila-bila masa sahaja dalam jumlah yang besar walaupun si pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti. Berkeringat merupakan usaha tubuh untuk mengeluarkan panas sebagai respon dari rasa cemas, cuaca panas, stress, demam, dan sebagainya. Keringat(peluh) berlebihan pada telapak tangan merupakan suatu keadaan yang disebut sebagai hiperhidrosis palmar, terjadi sebagai akibat dari hiperaktivities (aktiviti yang berlebihan) sistem saraf simpatetik yang meningkatkan kerja kelenjar peluh. Nama lain untuk hiperhidrosis  antara lain: keringat berlebihan, hyperhidrosis, hyperidrosis, polyhidrosis, excessive sweating.

Menurut kajian hiperhidrosis berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit ini tidak memudaratkan sehingga membawa maut, namun akan menyebabkan kualiti hidup seseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaan seperti kesukaran untuk menulis. Penyakit ini amat sukar untuk dirawat dengan berkesan.

Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic.
Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.

Hiperhidrosis adalah suatu kelainan yang terjadi kerana aktiviti kelenjar peluh yang berlebihan. Hiperhidrosis dapat bersifat primer maupun sekunder.

Hiperhidrosis Primer
Hiperhidrosis primer lebih banyak bersifat idiopatik atau tidak diketahui sebabnya, namun pada beberapa keadaan, hal ini dapat disebabkan oleh meningkatnya aktiviti saraf simpatis kerana stress. Sedangkan sebab lain di sebutkan kerana faktor genetik.


Antara kemungkinan penyebab penyakit ini;
-Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.
-Dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung, dan organ reproduktif
-Alahan
-Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll
-Faktor genetik

Kesan Palmar Hyperhidrosis:
-menyebabkan seseorang berasa terganggu dan tidak selesa.
-menjejaskan keyakinan diri dalam berinteraksi secara sosial (contoh: menyebabkan si pesakit malu untuk berjabat tangan dengan orang lain)
-menyebabkan tekanan
-mengalami kesulitan mengoperasikan dan menggenggam alat-alat tertentu seperti pisau, pen atau memainkan alat muzik.
-mengakibatkan dehidrasi/kehilangan cairan tubuh.


kesannya yang kat ats betul, aku mmg agak segan sikit nak salam dengan orang sbb takut orang tak selesa pulak dengan kita, sebab tue aku kalau nak bersalam dengan orang aku lap dulu. Selain itu aku tak boleh panik automatik tapak tangan aku makin basah, lagi satu kalau time menulis licin woo bila pegang pen, jadi aku lebih suke beli pen yang ade grip getah yang kat tempat nak pegang tue kalau x, tak habis sudah aku menulis.

lagi satu aku tak boleh pegang sesuatu terlalu lama, nnt brg yang aku pegang tue jadi basah, contohnya aku pegang kunci lama2 nanti siapa yang pegang kunci tue mesti rasa basah, aku tau sebab aku suka pgang kunci opis kalau kat nak p kerja, jadi sementara tunggu teksi aku peganglah kunci tue, kesejukkan kunci tue kalau aku pegang hahahaha. Tapak tangan aku tak sentiasa basah, kalau basah sangat aku pergi cuci dengan air, mesti akan kering. 

sekadar hiasan :p



Tapikan ada kebaikan jugak tapak tangan basah nie sebab tapak tangan jadi lembut halus mulus mcm puteri raja jek, org mesti cakap nie mesti selalu pakai lotion hihihi tak tau sebenaranya aku pakai lotion semulajadi hahahaha



Terima Kasih Sudi Baca :)

4 comments:

Atyn Aqillah said...

Akak,Atyn pon berpeluh kat tapak tangan.Huuhu..memang segan nak salam org

Chic Na said...

kazen cik na ada gak macam ni. pastu dia operate terus ok. :)

adibahfaizah said...

ramai orng cmni, kita tk prng pon rasa ==". ada a few students kt skolah dulu..smpi kna bdh sbb truk sngt bsh nyer smpai air yg kuar tu menitik2.

rAIHan said...

prnah dgr kes mcm nie..owh ya button dah siap jom amik. :)

 
All Right Reserved To Cik Keyrah . Full Edit By Cik Rose Cute.