Tak Bayar Gaji


Alhamdulilah hari ini aku dah sihat sikit cuma tekak jek sakit, semalam lepas makan ubat terus tidur, mmg tak sedar langsung, Mr.s text pun aku tak balas, semalam memang aku sengaja bolot badan aku supaya panas keluar, mmg bangun pagi tadi basah baju aku sebab peluh, kepala pun dah ringan sikit nie .  Aku kalau demam mmg lemau giler, nak jalan pun tak larat, sebab tue aku kalau orang demam aku tak akan dekat sangat sebab aku mudah berjangkit. Sebenarnya Family aku tengah bengang dengan exBoss adik aku tue, aku pernah story kan boss adik aku tak bayar gaji dia, nak dekat berapa bulan kot dia tak bayar2 lagi, smpai adik aku dah masuk U daa,. 

Dia janji dengan adik aku nak bagi hari rabu semalam, jadi adik aku pergilah rupanya dia tak ada pun kat situ, kiteorang pun tak la harap sangat duit tue, tapi kan mmg hak adik aku kan, jadi pergilah minta, senang2 jek nak free kan, . adik aku mmg dah malas nak minta tapi ma.su naku yang suruh minta, ma.su aku cakap kite jangan bagi muka dengan orang macam tue, aku pun nyirap jugak dia guna2kan adik aku mcam tue, dia tak bayar gaji adik nak dekat RM800, . bukan apa adik aku kerja kat situ dia tak bagi adik aku cuti, kene kerja lebih masa pastu gaji tak bagi, aku rasa kalau korang pun nyirap jugak kan.

Kawan aku yang kerja dekat situ pun dah nak berhenti sebab dia cakap tak tahan kerja kat situ penat sangat, macam jadi kuli giler2, lepas tue gaji pun dia bayar lambatt, aku dengar pun kesian jugak kat kawan aku tue. tapi family aku memang marah sangat kat owner kedai tue sebab dia guna2kan adik aku,. Bagi aku lah kalau jadi boss mestilah jujur dengan pekerja, nak keuntungan tapi gaji pekerja terabai. patutlah peniagaan dia tak maju sangat sebab dgn pekerja pun tak jujur. apa daa. opis aku kan dekat dengan kedai dia kan, jadi semalam ade pegawai TNB citer yang kedai tue tak bayar bil api sampai nak dekat bape bulan, jadi semalam TNB nak potong lah elektrik kat situ, aku yang dengar pun , apelah nak jadi suke sangat berhutang tue la padahnya .

Yang aku tahu jika seseorang tak bayar gaji pekerjanya secara tak langsung dia berhutang dengan pekerjanya , jadi dia wajib bayar la kan. 






Terima Kasih Sudi Baca :)

5 comments:

NuZuL HaiRi said...

sbr ek.. mungkon dia nak bg bonus tu nnti :)

Kesuma Angsana said...

hutang tu mmg wajib kena bayarlah even dlm islam pown ada cakap kan !

Cik Zaniff said...

hope cepat baik eh..bnyk2 sabo keh..usaha lagi utk mnx duit kt Exx bos 2..hee

Niesa said...

gila byk rm800 tu..lg2 nk dekat raya ni kan..

#eh2..cik keyrah sembuh dh? Alhamdulillah..bgus la...(^_^)

Chic Na said...

memang hutang la tu. tak berkat duit yg dia guna utk run company tu.

 
All Right Reserved To Cik Keyrah . Full Edit By Cik Rose Cute.