Assalamualaikum
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari ini dekat trafic light depan opis aku ade eksiden teruk, kereta langgar kereta. aku nak amek gambar aku takut sebab teruksangat , ngeri beb . Kejadian dia jadi lebih kurang pukul 6.30 pagi, dari sumber yang aku dengar, ecehhh sumber sangat, akak keje kedai makan sebelah opis aku cerita. memandang kan aku tak amek gmbr jadi aku lukis, gigih tau aku lukis hahaha
Oke ceritanye mcm nie, pada suatu hari, hee oke lah aku story , lukisan dekat atas nie, kedudukan trafic light depan opis aku, hah nmpak tak opis aku ngehngeh nak jugak lukis tu opis, harap maklum aku tak pndai lukis mcm en.tunang aku .oke sambung balik cerita , yg bintang tue aku maksudkan sebagai kereta tau. berpandukan dari akak kedai sebelah cerita, eh sebelum tue aku nak bgtau trafic light dekat tempat nie dah EMPAT HARI ROSAK TAPI TAKDE TINDAKAN APE2 PUN!! .memandangkan trafic light rosak jadi mereka2 sukesuki memandu secara berlajuan *hancusbahasamelayu* . yg kerata hitam tue dari bt pahat, yang hijau tue dari simpangg rennggam. korang teka mana satu yg kena hentam & yg mana mati?? main2 teka2 pulak aku nie hee
Oke kereta hitam hentam kereta hijau, akak tue cerita kereta hitam tue hentam kereta hijau,hentam pintu driver kereta hijau, jadi yg meninggal driver kereta hijau, untuk pengetahuan korang yg teruk kereta hitam sebab lepas langgar kereta hijau keretanye berpusing dan langgar tiang lampu isyarat, tapi driver kereta hitam tidak cedera , driver kereta hijau jek tersepit, selepa bomba keluarkan baru apek tue meninggal. yang kereta hitam perempuan melayu, yang kereta hijau apek cina.
Aku dah berapa kali cakap dengan org2 kat sini bilalah nak betulkan lampu isyarat, kang ade eksiden baru tau. tengok2 pagi nie dah ade eksiden, nak salahkan siapa sekarang, oke mungkin kereta hijau n kereta hitam tak tahu lampu isyarat tue rosak, sebab lampu isyarat tue warna kuning jek, tue yang dedua berebut nak pecut padahal empat2 tiang lampu isyarat tue warna kuning, tue yang berlanggar. Tadi ma.su aku text aku dia ckp pak.cik aku dah buat aduan dekat dato Ahmad Maslan, beliau kan org Kg aku. Aku harap ade tindakan sebab sebelum nie pun dah report tapi tak ade tindakan, mungkin selepas nie ade tindakan. Tak sanggup aku tengok kejadian nie berulang lagi disebabkan lampu isyarat rosak, nyawa melayang.
yang melaporkan
Syakirah Gomez
ecehhhh terus tukar nama hahahha aku risau lah makin lama pipi aku bengkak lah hahahaha nie yang nak beli fellina inchos . . winkwink
okelah aku nak g siapkan keje sikit sebab kol 11 aku nk tutup opis hari ini aku halfday hehehhe Niesa jangan jeless naaa =P
Bye!!
6 comments:
mmg bahaya kan klo lampu isyarat rosak..terus jadi huru hara..
hoooiiii...assyeekk cuti jee...boleh plak half day...haha..bahaya kalau lampu isyarat rosak..paham2 la rakyat Msia ni mcm mna..
memangla bahaya. semua org nak redah jelah. comel ape pipi tembam. :P
bahaya tol. hana xsuka trafiklight rosak. jadi was2 nak lintas cuba ada driver lain yang macam kita. dia pun was2. lagi susah
traffic ligh rosak mmg bahayakan pengguna jln raya yg lain la
mmg bahaya apatah lagi kalau pengguna masing2 taknak beri peluang...
Post a Comment